Tuesday 21 July 2015

Erti Sabar , Redho & Ikhlas ...

Assalamualaikum w.b.t.....

Lame dah rasanya x update dlm blog nie..... hari nie cuma nak share ckit ttg sabar , redho & ikhlas....
Actually ana nie bukannya tergolong dalam golongan org2 yang bersabar, redho dan juga ikhlas... tapi apa yang ingin dikongsikan disini hanyalah pengalaman dari diri setelah sebulan ditarbiyah oleh Ramadhan yang mulia dan penuh berkah... kadang2 dlm diri kita selalu terngiang2 perasaan marah akibat persekitaran, xkira la dari keluarga sendiri atau kawan2... tapi sebenarnya itulah ujian dan dugaan yang Allah berikan pada kita untuk mendidik kesabaran kita... Macam mana kita nak kawal sabar nie? Bagi ana cara nak kawal marah @ bersabar nie adalah dengan memperbanyakkan istighfar pada Allah dan kalau boleh ambik wudu' kerana marah nie datangnya daripada syaitan dan syaitan nie diperbuat daripada api jadi untuk kita nak jauhkan syaitan nie dengan mengambil wudu' kerana api lawannya air.... dalam kita bersabar pulak macam mana kita nak dapat redho dari Allah? Baiklah ana akan terangkan , sebenarnya setiap ujian yang Allah lemparkan pada kita itu maknanya Allah semakin sayang pada kita dan dia nak mengangkat darjat kita... Dan apa kita perlu lakukan hanya berdoa pada Allah dan merintih pada Allah supaya diberi ketenangan dalam hati... Dan jika hati ingin menangis , menangislah pada Allah kerana Allah paling suka pada hamba2nya yang merintih2 kepadanya... Ingatlah Allah sentiasa dekat dengan kita x pernah jauh... mintaklah pada Allah kerana jika kita lupa padaNya , Dia sedikit pun tidak akan kecewa dengan kita tetapi jika sekali kita mengingatiNya 1000 kali Allah akan mengingati kita.... jadi berdoalah kepadaNya cukup dengan bebisik didalam hati kerana doa yang datang dari dalam benak hati lebih didengari kerana doa yang datang dari dalam hati itu adalah lebih ikhlas.... Jadi jika kita hayati doa2 kita insyaAllah redho & ikhlas itu akan hadir dari ujian @ musibah yang Allah datangkan kepada kita.... Sekianlah perkongsian ilmu yang sedikit dari hamba Allah yang serba kekurangan ini. Diharap dapat memberi manfaat kepada kita semua didalam meraih & mengejar redho Allah s.w.t. insyaAllah... Yang baik itu semuanya datang dari Allah dan disandarkan kepada hamba yang lemah ini dan segala kekurangan itu datangnya dari kekurangan dan kekhilafan diri ini....
Wallahu'alam fissowab...